Program Geran Kreatif Kuala Lumpur
Ada projek cadangan untuk mengubah Pusat Bandar Kuala Lumpur ke arah pembangunan hab kreatif dan kebudayaan yang berdaya huni, bertenaga dan berkembang maju?

Dilancarkan pada tahun 2020, Program Geran Kreatif Kuala Lumpur (Kreatif KL) bertujuan untuk menggiatkan semula pusat bandar bersejarah ke arah pembangunan hab kreatif yang berdaya huni, bertenaga dan berkembang maju. Program ini memperkasakan komuniti dan menawarkan peluang untuk melaksanakan peremajaan daerah kreatif dan pembangunan ekonomi serta mengukuhkan daya tahan sosial dan alam sekitar di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Memandangkan kepelbagaian usaha pemulihan dan pelbagai peringkat pelaburan awam yang disasarkan, kami bersyukur atas sokongan berterusan Kementerian Kewangan, Malaysia. Think City kekal komited untuk memajukan Program Geran Kreatif KL menerusi Belanjawan 2024, untuk merealisasikan visi Pusat Bandar Kuala Lumpur dan menangani cabaran bandar yang dihadapinya.

Untuk maklumat tentang Program Geran Kreatif KL, sila muat turun Terma Rujukan di bawah:

Kawasan Tumpuan

Program ini mengutamakan projek yang terletak dalam kawasan utama Pusat Bandar Kuala Lumpur iaitu dalam lingkungan 250m radius di sekeliling Kawasan Dataran Merdeka, Stesen LRT Masjid Jamek, Kawasan Jalan Hang Lekiu dan Hab Transit Pasar Seni (diserlahkan dengan warna merah) dan kawasan penting yang lain (dalam lingkungan garisan biru). Namun begitu, pemohon tetap dialu-alukan untuk mencadangkan projek di kawasan lain dalam KLCCD. (diserlahkan dengan warna kelabu).

Rujukan: Pelan Induk Strategik Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur

Tema Geran

Program Geran Kreatif KL menyokong projek yang berkaitan dengan enam tema seperti di bawah:

PEREMAJAAN RUANG

Untuk meremaja dan menggunasuai aset warisan dan ruang yang kurang digunakan di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Perkara ini akan memelihara warisan bandar, mewujudkan ruang positif dan menjadikan kawasan ini menarik kepada penduduk dan pengunjung.

  • Pemulihan dan penggunasuaian
  • Sokongan teknikal
  • Penambahbaikan ruang kreatif dan kebudayaan

PEMBENIHAN DAN/ATAU PENGEMBANGAN PERNIAGAAN KREATIF DAN KEBUDAYAAN

Untuk menyokong pembenihan dan pengembangan perniagaan kreatif dan kebudayaan untuk perkembangan sosioekonomi, ekosistem dan pembangunan komuniti di samping mengukuhkan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah hab yang bertenaga.

  • Perniagaan baharu
  • Pengembangan perniagaan

KANDUNGAN KREATIF DAN/ATAU pengaktifan

Untuk menyokong dan mengukuhkan ekosistem kreatif dengan mewujudkan peluang untuk artis, pekerja budaya dan pengamal kreatif di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

  • Penyelidikan dan penerbitan
  • Pengaktifan dan program

DAYA TAHAN ALAM SEKITAR

Untuk menggalakkan persekitaran yang bertenaga dan berdaya huni yang menarik masyarakat untuk menetap, bekerja dan beriadah dengan projek demonstrasi penghijauan bandar yang efektif, penyesuaian iklim berasaskan alam semula jadi dan penyelesaian inovatif.

  • Penghijauan
  • Penyelesaian inovatif

DIGITALISASI

Untuk menggalakkan penyelesaian digital yang inovatif bagi menglibaturus dengan komuniti, meraikan aset warisan, menggalakkan pertukaran ilmu dan menambah baik pengalaman pelawat.

  • Digitalisasi dan gamifikasi kandungan
  • Penyelesaian bandar berasaskan teknologi

PEMBANGUNAN KAPASITI

Untuk mengukuhkan daya tahan dan penyertaan masyarakat melalui program yang dirancang untuk komuniti setempat.

  • Pembangunan profesional
  • Pemerkasaan belia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Terma Rujukan.

Apakah yang disokong oleh geran ini?

Program Geran KL Kreatif menyokong perbelanjaan langsung untuk anda melaksanakan projek cadangan dalam julat RM30,000 hingga RM300,000 setiap permohonan.

Sila ambil perhatian bahawa program ini:

mengutamakan projek yang sekurang-kurangnya pelaburan bersama RM1:RM1;
mengutamakan projek berpotensi impak tinggi;
menyokong projek yang inklusif kepada semua komuniti, menarik pengguna baharu, memperkenalkan kandungan kreatif baru, atau mempelbagaikan penggunaan ruang;
mengutamakan projek yang boleh disiapkan pada atau sebelum 30 Jun 2025*.

* Permohonan bertulis hendaklah dihantar kepada Think City sebelum 1 Mei 2025 sekiranya lanjutan tempoh projek diperlukan.

Permohonan
Bilakah saya boleh memohon?

Program geran dibuka untuk permohonan dari 8 Mei 2024 hingga 29 Julai 2024, dengan dua pusingan kelulusan di antaranya.

8 MEI 2024
Permohonan dibuka

21 Jun 2024
Permohonan ditutup

5 OGOS 2024
Keputusan dimaklumkan

29 JULAI 2024
Permohonan ditutup

9 September 2024
Keputusan dimaklumkan

1 minggu selepas makluman

Bengkel penerima manfaat yang berjaya

SiapaKAH yang layak memohon?

Program geran terbuka kepada individu, kolektif, perniagaan, pertubuhan berasaskan komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan*.

Pemohon utama mesti memikul tanggungjawab pentadbiran sepenuhnya serta melibatkan diri secara aktif dalam keseluruhan proses.

*Organisasi/syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan/atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dialu-alukan untuk memohon.
Bagaimanakah saya boleh memohon?

  1. Pemohon yang berminat perlu menghadiri salah satu sesi jangkauan (sesi hari terbuka atau sesi taklimat). Tarikh untuk sesi-sesi ini akan diumumkan di laman sesawang Think City dan disampaikan melalui semua platform Think City yang berkaitan.

  2. Permohonan dan maklumat berkaitan boleh dikemukakan melalui talian di bawah:

Skop kerja atau aktiviti yang disokong

Program geran ini menyokong skop perbelanjaan yang berikut:

  • Mobilisasi projek dan kerja-kerja awalan;
  • Bahan bekalan;
  • Peralatan dan teknologi;
  • Perkhidmatan profesional; dan
  • Aktiviti pemasaran dan promosi.

Program geran ini tidak meliputi skop perbelanjaan yang berikut:

  • Perbelanjaan lampau;
  • Yuran pendaftaran atau lesen;
  • Kos penginapan;
  • Kos pembaikan dan penyelenggaraan rutin;
  • Kos overhed organisasi sedia ada;
  • Denda, penalti kewangan, dan perbelanjaan litigasi; dan
  • Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Ada soalan?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Think City melalui mesej Whatsapp di +60 10-201 8930 atau secara e-mel di downtownkl@thinkcity.com.my.

Soalan Lazim
KELAYAKAN
PERMOHONAN
PEMBIAYAAN
  • Berapakah jumlah geran yang tersedia dalam Program Geran Kreatif KL?
    Pembiayaan projek akan dipertimbangkan mengikut kes, berdasarkan hasil yang dicadangkan dan potensi impak projek.

  • Adakah geran ini membiayai sepenuhnya projek saya?
    Program Geran Kreatif KL menyokong perbelanjaan langsung untuk anda melaksanakan projek cadangan yang mungkin berkisar antara RM30,000 hingga RM300,000 setiap permohonan.

    Adalah perlu difahami bahawa program ini:

    • mengutamakan projek yang sekurang-kurangnya pelaburan bersama RM1:RM1;
    • mengutamakan projek berpotensi impak tinggi;
    • menyokong projek yang inklusif kepada semua komuniti, menarik pengguna baharu, memperkenalkan kandungan kreatif baru, atau mempelbagaikan penggunaan ruang; dan
    • mengutamakan projek yang boleh disiapkan pada atau sebelum 30 Jun 2025*.

    * Permohonan bertulis hendaklah dihantar kepada Think City sebelum 1 Mei 2025 sekiranya lanjutan tempoh projek diperlukan.
  • Apakah yang disokong oleh geran ini?
    Amaun yang diluluskan kepada penerima geran bertujuan untuk menyokong perbelanjaan dan pelaksanaan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Geran. Untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan, sila rujuk kepada Terma Rujukan atau hubungi Think City untuk penjelasan lanjut.

  • Bolehkah saya menggunakan geran ini untuk membayar gaji pekerja atau membayar sewa premis perniagaan saya?
    Tidak. Program geran ini bertujuan untuk menyokong perbelanjaan langsung projek yang akan membantu dalam memacu pembangunan ekonomi berasaskan kreatif dan budaya serta mengukuhkan daya tahan sosial, ekonomi dan alam sekitar di Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Implementing Partners
Ooops!
Generic Popup